MELAYU KAN AKU..

BLOG YANG AKAN MENGGUNAKAN HAMPIR 99% BAHASA MELAYU DALAM TULISAN DAN KARANGANNYA..CINTAI BAHASA KEBANGSAAN..HEHE

h

ARSENAL..GUNNERS..THE PRIDE OF LONDON.!

DISABLE HIGHLIGHT

Thursday, February 24, 2011

TAHNIAH PENGANTIN BARU..

Assalamualaikum..pertama sekali..selamat pengantin baru aku ucapkan pada akak aku no 3..Nor Hazaniah Baharin dan pasangannya merangkap abg ipar terbaru aku Zamri Mohamad..tahniah..selamat melayari alam rumahtangga dan moga hidup rukun dan damai bersama hendaknya..pada Zamri atau nama mesranya Bujam..selamat datang dan selamat menjadi ahli baru dalam keluarga kami..ringkas je post nie..pada pasangan pengantin..kalau nk ucapan2 yg panjang2 lg..boleh laa tgok balik ucapan aku yg aku dah sampai DAN rekodkan di APPLE SET yg disediakan pada majlis perkahwinan tempoh hari..ucapan kawan2 THE DISHES pon ade..dorg sempat jugak wat RECORD ucapan ringkas utk korg ber2..tahniah!!
p/s:maaf xada gambar2 majlis atau pengantin yg dapat dikongsi kat sinie..jurugambar belum hantar  pada kami lg.. 

Thursday, February 17, 2011

ARSENAL ADRENALINN>!!!

YEAAAAHHH!!!menang sudah sang GUNNERS!!!!!bukan calang2 team ye encik2 sekalian!!Barca kot..UCL lagi plak..kalau ekot ckp bro  commentator tu semalam.."this is the match between Arsenal and The GREAT-GREAT BARCELONA!!and  the end..THE GREAT-GREAT-GREAT GUNNERS yg menang ..fuhhh!!!!!!xsia2 berjaga..dgn Wilshere yg sangat superb mlm tu..Captain Fab yg FabulOoOus!!defend yg  boleh dibanggakan dan kegempaqan RVP dan kepantasan tahap Watson Nyambek oleh Walcott!dan magik Nasrin yg baru je elok dari kecederaan Hamstring !serta Russian boy yg gempaq!!kita berjaya menewaskan pasukan yg di atas kertas kelihatan amat mustahil utk menyaingi kemampuan mereka..

Dgn 3 pemain dlm list Pemain terbaik dunia..dan ramai pemain bintang..dan cipta rekod 16 kemenangan berturut2 dlm La liga..dan Messi dlm senarai Top Scorer dlm La liga..Malam tadi di EMIRATES!!kita berjaya jangkau apa yg team lain x boleh buat..melaenkan sang HERCULES..ye ..fakta!!cuma ARSENAL dan HERCULES yg berjaya menewaskan BARCA pada musim ini..jadi TAHNIAH SEMUA PEMAIN ARSENAL!!teruskan momentum d 2nd leg d Nou camp..

2ND GOAL SCORER..
ARSHAVIN

1ST GOAL SCORER..
RVP.

Wednesday, February 16, 2011

Update Tentang Kesihatan Mak.

Assalamualaikum..pertama sekali..sebillion terima kasih pada semua yg mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mak aku sejurus selepas korg mendapat berita kemalangan dan dimasukkan ke hospital..aku hargai doa korg semua ..TERIMA KASIH..syukur pada Allah s.w.t yg telah memberi kekuatan kepada mak aku dan telah menyembuhkan mak dari kecederaan yg mak alami semasa kemalangan tersebut..sedikit info..Terima kasih semua..Mak sudah sehat ..walaupun masih ada bengkak di kaki dan masih terhincut2 berjalan..alhamdulillah aku tgok mak boleh melakukan kegiatan harian macam biasa ..dan cukup gagah utk melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t..
Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t

dan..

Akhir sekali,terima kasih pada semua!!

Wednesday, February 2, 2011

DUGAAN ALLAH

Assalamualaikum..
2 kereta terhumban dalam gaung..BDR 6823 kereta kami.

.....................................


Sebelum aku bercerita lebih lanjut ape pasal dan kenapa..aku mntak jasa baik semua yg bace blog nie..tlg doakan keselamatan dan kesejahteraan mak aku iaitu Hashimah Hj Hashim yg kini dimasukkan ke hospital akibat mengalami kemalangan jalan raya kira2 jam 8.30 pagi tadi..Doakan lah agar mak aku gagah dan kuat utk hadapi ujian yg Allah berikan padanya.. Terima kasih!!

Kejadian ini amat mengejutkan aku dan keluarga..ye..dalam mak dan kami sekluarga sedang bertungkus lumus utk membuat persiapan perkahwinan kakak aku yg ke 3 ..dan hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum majlis berlangsung..kami dikejutkn dgn ujian hebat ini..kejadian ini amat2 menyedihkan utk aku dan keluarga..yelah..majlis besar sebegini..biasanya mmg mak lah yg jd org kuatnya..



Apa2 pun..kami sekeluarga bersyukur kerana mak tidaklah mengalami kecederaan yg membimbangkan..
Kami percaya ..ada hikmah disebalik kemalangan yg menimpa mak nie..Terima kasih pda yg melawat mak di hospital..terima kasih pada yg mendoakan keselamatan mak..terima kasih pada yg membantu mak ..terima kasih pihak bomba yg mengeluarkan dan menyelamatkan mak..terima kasih pada pihak polis..terima kasih pada yg memberi kata semangat pada kami adik beradik..terima kasih pda semua  Dokor dan para staff d HTJ yg merawat mak..


Mak kemalangan pada kira2 jam 8.3o pagi..sejurus pulang daripada mmbeli brg utk persiapan majlis pada sabtu nie..

Mak memandu bersendirian..

Mak kemalangan betul2 dihadapan kompleks sukan paroi..Tempat yg pada malam sebelumnya aku bermain futsal bersama kawan2..



Mak,,,
nie la mak..

Tuesday, February 1, 2011

BERFUTSALLL!!

Hahahaha..serooonok gilaaa beb cuti nie..dah lame x main futsal kn..tup2 cuti nie lepak dgn mmber2 main futsal..fuhh!!!beroonok2 gilaaa!!!hahahhaaa..

ULANG ALIK..

Ye assalamualaikum..
Minggu terakhir sebelum cuti raya cina nie..aku amek keputusan utk berulang alik dari rumah aku di Seremban dan berulang dari tempat belajar aku iaitu UiTM yg terletak di Segamat Johor..
Bosan xde ape nk di "UPDATE" kan melainkan kerja2 kahwin di rumah aku nie..
Jadi aku saje2 nk buat cter tentang seminggu yg mane aku berulang alik dari Seremban ke Segamat dan kembali ke Seremban setiap hari..MENAIKI MOTOSIKAL YA..
Nie data2 yg aku perolehi sepanjang perjalanan..
meter minyak bawak tekanan !!



  • Kalau lalu "Highway"- isi minyak penuh(135LC)..jarum meter minyak LC korg akan sampai tahap separuh setibanya hanya di R n R Ayer Keroh.. ini bermakna..hanya lebih kurang 30 minit utk korg menghabiskan separuh dari kuantiti penuh isian minyak tadi..

  • Jarum meter minyak LC korg akan betul2 berada di tahap "E" apabila korg melepasi Exit Tol Tangkak..ini bermakna..Korg hanye memerlukan 1 jam @ 60 minit utk menghabiskan isian penuh LC korg..


  • Dari R n R Ayer Keroh tadi ..korg hanye akan jumpa Stesyen Pam Minyak Petronas kira2 2 kilometer selepas korg  Exit Tol Tangkak.. 

  • Dari Tangkak..korg akan memerlukan kira2 lagi 30 minit utk tiba di Segamat dan bermakna hampir separuh daripada isian penuh utk LC korg akan dihabiskan utk betul2 tiba di hadapan pondok Pak Guard UiTM Johor.



Itu kalau lalu lebuhraya..
Kalau lalu jalan lama..


  • Jarum meter minyak korg akan betul2 menjunam di paras "E" selepas sahaja korg melepasi pintu gerbang "Selamat Jalan dan Selamat Datang Ke Gemas Baru.."Ini bersamaan dgn hampir 1 jam 25  minit perjalanan..Dan dgn korg membuat isian penuh di Stesyen Minyak Petronas disebelah kiri pintu gerbang..Korg akan tiba dihadapan pondok Pak Guard dgn hanya menggunakan suku daripada isian penuh tadi..

  • Bajet harian utk minyak sahaja korg mungkin memerlukan kira2 rm 1o ringgit sehari..itu utk bajet minyak sahaja!!
Jadi menurut kepercayaan aku setelah mencuba kedua2 laluan..ye mungkin korg akan jimat beberapa minit utk tiba di UiTM jika melalui lebuhraya..yelah lebuhraya mmg pulas habis laa kn..Tetapi bagi aku lebih dekat dan juga lebih menjimatkan utk korg melalui jalan lama walaupun ia akan melambatkan korg utk tiba di UiTM dalam perbezaan beberapa minit..

Statistik yg aku buat  nie adalah berdasarkan cara dan gaya pemanduan aku laa yee..Kalau silap maap laa..